Powered By Blogger

Dec 22, 2014

Dunia ke-empat.

Assalamualaikum... Hai.. Ya.. Kekanda dan adinda beta yang bertatahkan mata..
Yang dengan jiwa raga mengikhlaskan untuk menalaah jurnal yang tak seberapa..
TERIMA KASIH kerana sudi membaca.

Jadi, nak dijadikan cerita, ketika aku menulis benda alah ni, assignment tengah mengilai-ngilai melambai-lambai seperti Rosyam Nor menapak di karpet merah yang di kelilingi wanita-wanita single dengan impian langit ( analogi aku sumpah teruk )

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran terhadap Azzawajalla terhadap kurnianNya yang menulis di Luh Mahfuz bahawa aku bakal menjadi ahli terpelajar dalam golongan manusia yang mencari tujuan hidup. 

Satu pencapaian yang mampu aku potretkan kerana kalau toleh belakang (throwback) dan menginterpretasi sejarah akademik, aku bukan lah seorang budak yang mampu selesaikan linear equation tanpa bantuan mesin kira-kira yang seperti manusia lain juga mengharapkan benda mati itu memberi jawapan dan menjadi tuhan dalam menentukan masa depan. Ya, seorang pelajar pemulihan yang mempunyai masalah mengira dan mengeja suatu ketika dahulu. Dan kini aku berpijak di tanah yang menjadi pentas kepada para sarjana dalam melagakan isi otak mereka sebagai pedang dan ilmu jitu sebagai darah. 

Hidup baru ini seperti sebagai sebuah peperangan dan perlumbaan dalam mencari saki baki kekosongan dalam idea manusia untuk mencari redha tuhan. Terus bergalaskan kekuatan dan berselimutkan kesabaran, In Shaa Allah, Hari itu pasti datang. 

Selamat meneruskan hidup warga dunia. Selamat menjadi pencinta positif dalam stigma yang pasif.