Powered By Blogger

Sep 20, 2011

adakah lagi sepertinya ?

ketika masih kecil , diambilnya baginda menjadi isteri .tidak tahu menahu tentang alam perkahwinan .
namun , namun dia setia menemani baginda . dan berada disisi baginda . juga peniup semangat baginda .
dialah Aisyah Binti Abu Bakar . diberi gelaran humairah kerana pipinya yang kemerah-merahan .

kebahagiaanya dicalar dengan khabar al-ifqi yang didalangi Abdullah bin Ubay yang menghembuskan berita bohong yang menggentarkan jiwa muslimim ketika itu .jatuh air mata mulia itu apabila disampaikan oleh ummu Masyitah . tertanya mengapa lambat diturunkan wahyu yang membuktikan kepalsuan munafikin yang melontarkan fitnah yang mampu membunuh muslimin , apatah lagi aku .

ketika di puncak pergelutan itu . turunlah wahyu Allah yang membebaskan segala tuduhan terhadap aisyah . begitu mulia aisyah dalam kedudukan baginda . yang menjadi teman ketika baginda sakit , berperang , dan ketika dalam kesusahan .

mana perginya silu seorang wanita . wanita yang mejadi pendorong pembangunan insaniah dan rohaniah , bahkan segelintir hawa hari ini menjadi saingan adam . akan kah ku jumpa sepertinya Aisyah ?