Powered By Blogger

Apr 17, 2012

lukis , bina , terbang atau arah . ? part 1

"Failures of perspective in decision-making can be due to aspects of the social utility paradox, but more often result from simple mistakes caused by inadequate thought."-Herman Khan
itulah kata2 dari seorang lelaki yang tak ku kenali . (cari dalam wikipedia )
memang sah lagi bersuluh bahawa membuat sesuatu keputusan merupakan garisan pangkal
antara hidup dan mati . tersalah pacu boleh membunuh . suatu implikasi pathetic .
itu lah yang dihadapi oleh penulis blog ini . bagaikan diacu besi berlubang yang mengeluarkan api di hujung nya .
kalau tersilap jawab . boleh terbakar diri . 
memilih kareer untuk kehidupan yang semakin futuristik bukan sesuatu yang boleh dihembus bebas .
ia memerlukan iman , peluh , duit , dan sebagainya untuk memilih yang muat dengan ukuran minda .
aku pernah bermimpi untuk terapung di atas udara yang disejat . membawa ikan paus yang terbang membawa tamadun ke satu tamadun baru . tapi untuk terbang di lautan awan bukan mudah . memerlukan titik peluh seorang manusia yang bekerja dari lahir hingga mati . 
begitu tinggi nilainya . namun kalau ada kesungguhan . nanti kocek akan 
mengandung juga . 
keduanya aku ingin mencipta satu teknologi yang menenang hati tamadun manusia 
yang kini makin bebal lah jugal . hahah .
aku ingin menjadi seorang jurutera yang mencipta sesuatu yang 
boleh didabik oleh keluarga mahupun masyarakat .
terutamanya membina sebuah pacuan yang mampu membuat kocek mereka tak berhabuk 
hahahah
tunggu part 2 ye . panjang ni