Powered By Blogger

Jun 19, 2012

Politik : Gunting Tali Darah .

Politik    Politik    Politik .
Kejadah yang berlintang-pukang di dalam Processor 
aku ingin bertanya kepada tanah ,
mengapa Bumi perlu ada POLITIK ?
Siapa yang bangkitkan ia daripada udara emas ini ?
mungkin dari jasad berilmiah atau organ pernyesak 
yang hanya ingin bertakhta " I AM LEGEND"

Politik  Politik  Politik 
menggunting terusan darah saudaraan 
apakah ini yang tamak mahukan , visi nafsu ,
atau kau menambat diri sendiri untuk motivasi Syaitan
aku haru , aku biru , aku berdegup , aku gempa 
aku sengsara dari mata menontonnya .
saudara-saudara ku terbilang dan tauliah
biarkan arus sungai gelap politk membawa cita 
sehingga tekak dan mata mahu lepas dari sarang 
tenaga di labur dalam saham yang untung seorang
di beri penyakit kencing manis ,
kemudian dibiar tempang tidak bertongkat 

Politik 
sama-samalah engkau mengukir bahagia kami
bukan menetak cita-cita oleh yang tidak berdosa 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.”