Powered By Blogger

Aug 16, 2012

Hadiran Penguatan dan Kemaafan Ummah

#alhamdulillah . berjumpa kita lagi pada 
bulan hadiah daripada pencipta teragung kita .
semoga iman puasa tahun ini diperkukuh dan diteguh
dengan ibadah yang menjadi simen kepada takwa kita 
kehidupan puasa tahun ini adalah seperti cermin pada
kehidupan puasa tahun-tahun lepas . masih lagi sebagai seorang pelajar 
tetapi bergelar sebagai seorang mahasiswa atau abang besar . 
Namun , puasa tahun ini diceriakan lagi dengan tertabalnya aku
sebagai seorang remaja yang berumur lapan belas 18 tahun di dunia ini 
pada malam 22 dan 23 ramadhan 1433 hijrah bersamaan 11 Ogos 2012 Masihi
tiada apa yang perlu diraikan , hanya kesyukuran kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim
kerana masih berdaya menghembuskan nafas pada umur yang semakin singkat ini .

dalam tempoh beberapa detik pergerakan bumi ini , akan 
kedengaranlah suara-suara lonak yang melontarkan 
campuran vokal dan konsonan yang indah yang menyanjung
memuji kebesaran pencipta kehidupan yang masing-masing berkait 
Alhamdulillah . segala persiapan telah disediakan dengan sempurna 
dan sederhana 
sekali lagi dengan izin dan inayah , InsyAllah .
kita masih lagi mampu menghirup udara segar Syawal 
yang penuh dengan ketundukkan kepada Ya Zaljalaliwalikram 
dengan itu . Organ2 ini ( saya ) minta izin maaf sekiranya
tersentak dan terdetak dalam benak perkara2 yang saya lakukan menjangkui
perbatasan tamadun manusia . saya hanyalah segenap daripada permasalahan 
dunia . sekali lagi . SELAMAT HARI RAYA